PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN DALAM BLOG

Aku nak kongsikan ilmu yang aku dapat dari otai-otai blogger kat korang semua demi memajukan blog dan menarik lebih ramai pengunjung ke blog korang. 

So, pape yang aku mention kat sini, harap dapat ambil pengajaran dan terima sebagai satu teguran yang membina untuk memajukan diri sendiri. Okei ? ^^

[nasihat ni panjang berjela. So, aku terpaksa buat readmore ]
Perkara yang perlu di elakkan semasa berblogging :

  • Letak lagu. Tak kira lah autoplay atau pun yang boleh pause. Sebab, widget ni akan membuatkan blog loading lambat walaupun musik tengah stop. Yang autoplay toksah citer la. Melambatkan sangat nak loading.
  • Widget-widget yang tak penting. Makin banyak widget tak penting (jam digital, ikan, ayam, hamster, menatang yang kat tepi sebagai penyambut tetamu tu dan banyak lagi), makin lame lah blog korang nak load. Ni membuatkan blog korang jadi berat dan obes. Jangan tanya kenapa kalau ramai pengunjung lari sebab lambat load blog korang ye. Nak-nak bagi pengguna broadband.
  • Word verification masa nak komen entri. Urgh, benda ni sangat melecehkan ! Tolong pergi kat settings > Comments > Word verification > No ! 
  • Tulisan yang menyakitkan mata. Tak perlu lah nak fancy sangat tulisan tu. Sakit mata nak baca. Kaler pown tulisan pun main peranan jugak. Pandai-pandailah adjust ye ^^
  • Short Form. Ha ! Ni blog lah Sayang oi, bukannya handphone. So, tak perlu lah nak bershort-form gila-gila. Susah nak bace. Kalau short form sikit-sikit tak pe jugak. Ni tak, bantainya guna bahase geli-geli. Nanti readers lari, jangan tanya kenapa ye.
    • Tema blog dan tulisan tak synchronize. Blog kaler gelap, tulisan pown hampir-hampir gelap. Blog kaler terang, tulisan pun kaler terang. Adoi, kalau macam ni, boleh buta terus readers korang taw. Kena pandai pilih kaler yang sesuai la antara tema blog dan tulisan okei?
    • Entri yang tak kemas. Kalau boleh, adjust alignment entry kepada Justify. Barulah entri korang akan nampak kemas dan smart ^^. Sedap mata nak membaca.
    • Pakse orang follow blog korang. "I follow you, You follow I balik". Okei. Itu tak perlu. Biarlah orang follow kita atas kerelaan hati sendiri bukan sebab terpakse.
    • Gambar yang penuh dan mampat dalam satu entri. Okei. Aku tahu korang suka bergambar. Tapi, tolonglah limitkan gambar dalam satu entri. Taruk gambar yang penting-penting aje okei? Nak taruk banyak boleh tapi akan melambatkan loading lah. 
    • Post yang banyak kat homepage. Ha, sepatutnya dekat homepage, yang idealnya korang taruklah 3 sahaja entri. Lambat load nanti. Kalau korang tulis entri macam esei, tak taruk read more, post per homepage ade 10, memang matilah orang nak scroll entri-entri korang tu. Lambat loading dan bazirkan masa. Kalau korang jenis post entri sekitot-sekitot, takpelah nak 5 posts per hompage pown^^.
    • Arkib blog yang panjang berjela. Ha, ni yang aku nampak. Korang punya archive tu panjang berjela tanpa henti. Kalau awal bulan okei lagi. Bila dah masuk tengah bulan dan korang pown memang aktif update blog, benda tu akan makin berjela. So, nak mudahkan korang, taruklah scroll box. [refer sini untuk buat scroll box archive blog]
    • Bloglist yang takde setting. Maksud aku, bloglist korang tu, kalau nak show all blog, kenala taruk scroll bar. Kalau tak nak, show only 5 aje okei. Yang salu update kat atas-atas. Dan ! Jangan tick pada icon. Sebab, icon kat bloglist akan mempengaruhi masa load blog korang nanti. [refer sini untuk buat scroll box pada bloglist]
    • Gambar kat sidebar. Aku tak kesah kalau korang ni kaki contest atau GA sekalipun. Tapi, pastikan masa nak upload gambar kat sidebar, tick kan pada kotak "shrink to fit". Baru lah gambar-gambar kat sidebar nampak kemas. Jangan lupa taruk link contest atau GA kat gambar tu ye ^^
    • Link yang padat. Apa yang aku dapat tahu, satu blog tu sepatutnya tak boleh ada lebih 1000 link kat dalam blog. Sebab ni akan mempengaruhi loading. Contoh, iklan nuffnang ada 3. Jadi, ada 3 link. Dan begitu lah yang lain. Tapi aku tak tahu pulak sama ada link kat entri mempengaruhi atau tak.
    • Right click disable. Hm, yang ni aku tak nak kate ape sangat. Iye lah, kalau penulisan seseorang tu mantap dan dia buat disable, memang patutlah sebab takut orang curi idea dia. Tapi kalau kite rasa penulisan kita ni biase-biase je dan orang pun takkan lah nak copy paste diari kita tu, tak payah la taruk benda ni. Kalau yang siap buat notification tu lagi lah annoying. So, elakkan lah ye ^^
    • Pop-up notification. Memang annoying kalau nak singgah blog orang yang sikit-sikit ade pop-up notification ni lah. Tak kira la mase nak sambut tetamu ataupun masa tetamu nak keluar.
    • Ayat-ayat menghalau pembaca. "Kalau tak suka, boleh blahh." "Ini blog aku bukan blog bapak kau. Kalau tak suke, sila lah tekan button pangkah tu ye". Ha, ni lah contoh ayat yang menghalau pembaca. Awal-awal lagi dah bagi first impression macam tu. Jangan tanya kenapa bila orang ramai lari dari blog korang. Sebab dah kena halau =,='
    • Ayat-ayat mencarut. Pergh, ni aku sendiri pown menyampah nak baca. Sikit-sikit nak cibai. Sikit-sikit nak babi. Sikit-sikit nak sial. Karang dapat cibai babi sial baru tahu ! (Ini contoh sahaja okei. Sebagai peringatan jek. Bukan aku maksudkan pun. Sorry ayat terkasar.)

    Okei. Aku dah sudah bagi nasihat. Aku harap korang amek iktibar ye. Jangan kecik hati atas kata-kata aku. Aku cuma nak kongsikan ilmu ape yang aku ada. Iye lah, kita buat blog ni, nak orang ramai yang datang. Bukannya nak halau ramai orang.Semoga kita sama-sama maju dalam dunia blogging ^^.

    nota pengurus : Kalau korang ade pape yang nak tambah, boleh bagitahu ye ^^.

    11 comments:

    aizamia3 said...

    ok terima... setuju dengan setiap ulasan..

    jaa64 said...

    PERH!!nice one scc!!!

    memang betul semua benda nih..thumbs up!

    adan said...

    perghhh.. sokong semuanya..! sebelum ni pernah gak cuba right disable tu.. tp kena pada sy sendiri.... tu yg insaf nak pakai..

    Chegu Zubir said...

    terbaikla SCC heheheh

    Ingin Belog anda diterjah...setiap entry dikomen????klik sini
    Sape Nak Chegu Zubir Terjah?????-Segmen

    fyna said...

    hehehe...gud info...
    agak2 fyna punye belog mcm mne?
    ok x?

    Budak Botak said...

    he3, bagus2... Blog Bdk Botak camna tah? he3...

    Entry terbaru Kreatif - Hasil Seni Menggunakan Perkataan... (",)

    soooooour said...

    adakah blog sy sesuci ini??=,=??

    Baca sampai muntah! :
    Kostum Untuk Baby

    El said...

    yeah....two thumbs up atas tips yg aku tak habis baca lagi tu

    Eha Solehah said...

    ye sy sokong... tq ea bg tips....

    Sekamar Rindu said...

    salam..

    sangat setuju...blog yg berat sangat jarang saya masuk..

    irahehe said...

    hai, ira setuju boleh kata hampir semua yang cik scc tulis.

    tapi kannn ira nak tegur jugak lah satu, tulisan blog ni pun rasa macam terang semacam. sebab background dah hitam, memang tulisan patut cerah. tapi rasanya kombinasi merah dengan hijau terang agak buat nampak macammm ishhh camne nak gitau erk.

    boleh pening juga. pendek kata.

    apepun, ni blog ci scc. so terpulang lah. ira hanya berkongsi pendapat. ^^